- Details
- Written by Administrator
- Category: Guru Besar
- Hits: 22
VISI DAN MISI
Visi
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
Misi
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan
Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
- Details
- Written by Joomla
- Category: Guru Besar
- Hits: 3091
Sekapur Sirih
Hasan Bin Abdul Rahman
Guru Besar
SK Pandan Jaya
VISI DAN MISI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Visi
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
Misi
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah rahmat dan inayah-Nya jua, SK Pandan Jaya (SeDAYA) telah berjaya menerbitkan sebuah laman sesawang rasmi sekolah. Ianya adalah salah satu usaha berterusan pihak sekolah ini untuk memberikan perkhidmatan dan pengurusan yang terbaik dari pihak sekolah, dalam masa yang sama jua, untuk meningkatkan kefahaman dan kewahaman warga sekolah ini.
Ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan dan menjelaskan fungsi, dan tanggungjawab pihak sekolah secara menyeluruh, dan juga fungsi di setiap pentadbiran di sekolah ini.
Saya berharap bahawa laman sesawang ini dapat dimanfaatkan dan berguna kepada warga SeDAYA, mahupun orang ramai yang ingin berurusan dengan pihak sekolah.
Saya juga mendoakan agar segala usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pentadbiran SeDAYA akan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah Subhanahu Wata’ala jua. Amin.
Sekian. Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.