Selamat Datang Ke Unit Kurikulum

 

Abdul Yazid bin Abdul Mutalip

Penolong Kanan Pentadbiran

 

PENGURUSAN KURIKULUM

 

Pengenalan :

 

Kurikulum SK Pandan Jaya bertujuan memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu daripada aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani berteraskan pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPK. Selaras dengan itu, FPK telah dijadikan garis panduan untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran di SK Pandan Jaya.

 

 Diharap agar maklumat ini dapat memberikan serba sedikit penerangan dan panduan mengenai Unit Kurikulum SK Pandan Jaya.

 

Visi :          “ Pendidikan Cemerlang “

 

Misi :

          Melaksanakan pendidikan berkualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara Malaysia.

 

Matlamat :

 

          Berusaha melaksanakan FPK dalam kelas untuk melahirkan insan yang berilmu, beriman, berakhlak mulia, berketrampilan dan sejahtera melalui proses pendidikan KSSR.

 

Objektif :

 

  • Merancang dan menyelaras semua aktiviti sekolah

 

  • Mencari jalan penyelesaian terhadap sebarang kelemahan dan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran

 

  • Menjalankan pelbagai alternatif bagi menyelesaikan masalah pencapaian murid

 

 

Tugas dan Fungsi:

 

  • Bertanggungjawab merancang dan menyelaras aktiviti kurikulum sekolah

 

  • Membincangkan kelemahan dan kekuatan dalam pengajaran dan pembelajaran

 

  • Menganalisis prestasi pencapaian murid bagi semua mata pelajaran

 

  • Menganalisis setiap kelemahan murid bagi semua mata pelajaran

 

  • Mengadakan program khusus bagi murid-murid yang lemah dan cemerlang dalam pencapaian akademiknya

 

  • Memastikan semua panitia mata pelajaran berfungsi dan bergerak

 

  • Sebagai tempat rujukan segala maklumat yang berkaitan dengan kurikulum sekolah

 

 

Prosedur Pengurusan :

 

  • Mengadakan mesyuarat AJK induk sekurang-kurangnya 4 kali setahun

 

  • Membuat panggilan mesyuarat kepada semua AJK sebelum mengadakan mesyuarat

 

  • Menyiapkan minit mesyuarat selepas seminggu mesyuarat diadakan

 

  • Mengedarkan minit mesyuarat kepada semua guru

 

  • Menyerahkan minit mesyuarat ke pejabat untuk fail sekolah

 

 

ABDUL YAZID BIN ABDUL MUTALIP

( Penolong Kanan Pentadbiran )        


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Unit Kurikulum 2020

 

No.  Nama Fail Bahan
1. Unit Kurikulum Muat Turun 
2. Dasar Kurikulum Muat Turun